Friday, February 19, 2010

TintaHati... Sejarah "Dila"


Hati yang Selamat lagi Sejahtera...


Hati yang selamat sejahtera ialah 
hati orang bertaqwa yang berisi iman, yakin, ikhlas, redha, sabar, 
syukur, tawakal, takut, harap dan lain-lain rasa hati dengan Allah SWT. 

Hati yang senantiasa merasa 
sehat dalam kesakitan, 
kaya dalam kemiskinan, 
ramai dalam kesendirian, 
lapang dalam kesempitan  
terhibur dalam kesusahan. 

Ia bersikap REDHA dengan apa saja pemberian Tuhan-Nya.

Dila merupakan seorang pelajar yang kuat hatinya. 
Sentiasa berusaha mencari jalan keluar... pelbagai halangan dihadapinya... 
di rumah sewa... itu cabaran enteng baginya
di kampus... itu tiada halangan baginya

Syukur dengan anugerah Allah. 
Dila seorang pelajar yang dikategorikan sbg "brilliant". 
Dila masih ingat kata-kata ibunya.."Dila! Hati mau kuat... barulah dunia dalam genggaman".
Ibunya penguat hati, penghibur lara, perangsang cita.
Tapi ibu... sudah tiada.

Bapanya seorang yang bertanggungjawab...
Dia seorang yang mementingkan keluarga dan anak-anak
Dia sentiasa mementingkan kebersihan dan kekemasan dalam rumahtangga
Tiada siapa yang boleh alpa... lagi lupa... kena sentiasa siaga... kalau leka padah akibatnya
Tapi itu dulu... sirah bapanya.

Tapi...
Dila di-diagnosa sebagai "major depression person"
Dia hadapi setelah ibunya meninggal dunia 
dan bertambah parah bila bapanya berkahwin lagi
Perlu rawatan dan konsultasi doktor sentiasa.

Pengliburlara ialah weblognya.... 
tika itu... nama blogger begitu asing... hanya tersohor di kalangannya sahaja.
Dia meraih ribuan peminat yang mengikuti perkembangannya... 
Peminatnya... ternanti-nanti sirah hidupnya... 
Weblognya sejak 2001 sentiasa hidup dengan cerita hati dan perasaan.


      [Dan tiba-tiba hati aku jadik sebak..]
Maaf, aku dah mula dilamun nostalgia. Korang takkan paham apa yang aku paham. Korang takkan tahu apa yang aku tahu dan sumer orang takkan dapat rasa apa yang aku tengah rasa melainkan dia jugak mengalami kehilangan yang serupa cam aku. Ada yang tak suka aku tulis benda-benda camni, dia kata, that's boring. Diorang kata, dahlah tu, tak sudah-sudah nak citer benda yang sama. Diorang kata sebab kat sini tempat public dan aku takleh mengarut. So what's the big deal? Eii, biarlah sukati akulah nak tulis apapun yang aku nak. Memang aku buat jenel ni tempat aku luahkan perasaan. This's my personal space, buddy. Bukan aku yang I-am-not-supposed-to-write-this tapi korang yang tak suka tu lah sepatutnya yang you-shouldn't-read-it. Koingg?
Pernah tika lalu di nobatkan sebagai "Weblog Terbaik 20**". 
Bukan niat di hatinya menjadi glamor...
Itu semua suratan yang Maha Esa.

July 10, 2002 12:16am
Aku dah suka kat Dr. Maria. Dia dah suka senyum.:) Dia kata aku muda lagi. Dia kata aku talented.Dia kata aku ada ramai orang sayang aku. Jadi tak ada sebab kenapa aku tak mahu hidup lagi.
"Doktor dah baca (*********)?"
"Sudah.." dia senyum.
"Doktor tak marah Dila tulis Dila tak suka doktor?"
"Buat apa nak marah..that's my job to help people."
"Doktor tak nak tulis jurnal?"
"Doktor tak ada bakat menulis macam Dila.."kemudian dia senyum lagi.
Wohoo! Petang yang indah! Walaupun esok hari Rabu aku tentu akan ke sekolah!
Life is SO great,isn't it Rafthah?
Aku ada banyak homework, tak sempat nak menulis jurnal setiap hari. Silalah datang lagi pada September nanti, masa tu aku dah cuti. (*********) pasti akan kembali.

Cheers and please take care
Nota:
# (*********) nama weblognya yg dirahsiakan dlm penulisan ini.

Itu semua excerpt dari penulisannya... 
yg sudah Dila kuburkan dari alam maya... dari tatapan semua

Masih teringat lagi.... tahun 2004
Seorang sahabat blogger yang terkenal suatu ketika dulu... menelefon...
"Ustaz, nanti ada seorang siswi akan datang ke surau untuk berjumpa Ustaz dan kawan-kawan.
Doktor kata dia sakit jiwa... kesian kat dia. Minta tolong ustaz jumpa dengannya... harap-harap boleh dapat bantu dia". 
"Baiklah, nanti kami cuba apa yang dapat"... jawabku.

- Ini suatu cabaran baru - 

Aku renung wajahnya...
Aku hampiri dirinya...

"Apa khabar Dila? Dila rasa macamana ya?"
Dila terus menjawab: "Dila rasa macam nak mati"

Itu pertemuan kali pertama dengan Dila... 
dan kata-kata pertama dari Dila yang baru bertemu muka.. tentang rasa dirinya.
Subhannallah... astagfirullah... berderau hatiku...

Hingga kini ... masih terngiang-ngiang lagi di telinga ini... malah ketika menulis tinta ini.


Selepas rawatan...


"Ustaz! Perlukah Dila makan ubat doktor?"
"Dila bila susah hati... Dila akan makan ubat prozac. Doktor suruh makan hari-hari".
"Doktor kata Dila kena makan prozac ni seumur hidup, kalau tak sihat". Kata Dila terus terang inginkan jawapan pasti.


Aku terdiam seketika... memikirkan ubat itu adalah preskripsi doktor pakar.


Dalam hatiku, aku yakin salah satu Dila menjadi depression ialah kerna gangguan mahkluk Jin. Ia mengambil kesempatan atas jiwa yang lemah.


Dalam hatiku juga, aku memohon pd Allah agar apa yg akan aku cakap kpd Dila, sesuatu yg semata-mata baik dunia akhirat... 


aku berserah pada Penciptaku... 
aku hanya hamba.



What is Prozac?  


"Dila, Ustaz rasa Dila kena cuba elakkan makan prozac tu. 
Tengok keadaan Dila. Kalau tak dapat, makanlah separuh saja. 
Ustaz yakin... Dila tak memerlukannya lagi, suatu hari nanti. 
Tapi janganlah drastik sgt, takut mudarat."


Dila menjawab:"Dila memang tak suka makan. Dila akan berhenti terus".


Aku terdiam. Rupanya jiwanya kini jadi perkasa. Ingin merdeka dari derita.


Alhamdulillah... itu sirah hidupnya suatu ketika dulu... sudah menjadi sejarah.
September 15, 2004 - Terima kasih, Tuhan!
Aku cuma mahu ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada kalian kerana banyak membantu aku untuk melawan belenggu major depression sehingga ditakdirkan Allah pada hari ini kejayaan terhebat pernah aku dapat, telah Tuhan beri.
Adakah aku terlalu teruja untuk memberitahu semua orang tentang apa yang aku dapat untuk hari ini? Aku memang tak sabar untuk menaip huruf-huruf seterusnya menggunakan keyboard comot aku ini. Oh, Dila!

Sekejap. Aku mahu tarik nafas panjang-panjang dan perlahan-lahan.
Okey. Aku sudah bersedia. Bismillah..
Mula-mula kau tengok gambar ini:

Ini buku temu janji terapi aku yang menunjukkan muka surat terakhir dikemas kini. Kau nampak perbezaannya sesama mereka dengan tulisan terakhir yang doktor tulis siang tadi?

Nampak?

Kau nampak tak?

Alhamdulillah! Sujud syukur, Dila! Sujudlah!

Kerana keinginan aku yang terlalu kuat untuk tidak menjadi hamba Prozac seumur hidup, kerana Allah tunjukkan aku jalan untuk berubat dengan ustaz H****** dan para sahabat di UM, kerana aku bosan setiap kali hendak ke sesi terapi tidak cukup duit dan menambah hutang dengan hospital ratus-ratusan, kerana sokongan daripada semua orang, dan kerana semua dan kerana semua, dengan izin Allah aku telah memecahkan rekod perubatan yang menjadi kepercayaan semua doktor dan pakar sakit jiwa yang pernah merawat aku bahawa perempuan ini tak akan boleh hidup tanpa ubat kapsul hijau kuning itu sampailah dia mati, akhirnya, petang tadi, Dr. Harliza telah menulis "open appointment" dalam buku biru aku!

"Open appointment ni, hanya bila Dila rasa perlu nak jumpa doktor, Dila telefon dulu kaunter klinik. Dila dah tak perlu jumpa ikut jadual lagi macam biasa." Dia senyum. Dia senyum! Dia beri aku status "open appointment" kerana dia memang percaya aku memang telah menepati janji-janji aku sendiri untuk mengubah nasib dan sememangnya aku telah berjaya mengotakan isi kandungan janji-janji itu!

Banyak lagi nak cerita tentang terapi petang tadi. Tapi aku tak cukup masa.


Selepas rawatan tatkala itu...  
seperti dalam tintanya... dia sudah diistiharkan sihat oleh doktor...
dia berjaya merdeka dan bebas dari belenggu Prozac yg sebelumnya merupakan ratahan hariannya... 


Latifah Ilmu:


Gangguan Makhluk pada jiwa yang lemah kerapkali mudah berlaku dlm 4 keadaan: 
tika jiwa terlalu sedih hiba
tika jiwa terlalu marah menyinga
tika jiwa terlalu suka ria
tika jiwa terlalu takut me-raja


Jiwa yang lemah kerap menjadi derita gangguan... kerna ianya menjadi sarang serangan
Jiwa yang lemah kerap menjadi tidak keruan... kerna neraca diri tiada pedoman
Jiwa yang lemah kerap menjadi leka korban nafsu... kerna lemah iman


Setiap dari kita tentunya pernah melalui hari-hari baru dengan penuh kegelisahan dan keraguan. Tentunya ada hari-hari dimana jiwa kita terasa lemah dan payah untuk bangun menghadapi tekanan dan cabaran kehidupan.

Inilah sebenarnya hakikat diri kita. 

Lemah, serba kekurangan, tidak berdaya dan sentiasa memerlukan pergantungan... 
kepada yang lebih kuat dan agung. 


Mungkin persoalannya; pada siapa kita sandarkan harapan kita, 
pada siapa kita tujukan segala keluhan dan keresahan jiwa kita dan 
pada siapa kita menagih simpati dan pertolongan. 


Di dalam beberapa tempat di dalam al Quran, Allah menggambarkan bahawa manusia ini memang lemah. Ya, kerana kelemahan itulah salah satu sifat sebagai hamba. 

Kita adalah HAMBA ALLAH yang sentiasa memerlukan taufiq dan hidayahNya. 
Rasailah kehadiranya setiap waktu dan tika





Aku berlindung kepada Allah daripada gangguan syaitan yang direjam”.
Perbanyakkanlah ingat kepada Allah, pertingkatkan ibadah kepadaNya. Dan renunglah wasiat Nabi di bawah ini.
“Wahai remaja, peliharalah (perintah) Allah, niscaya Allah akan menjaga kamu, peliharalah (hukum-hakam) Allah niscaya Allah akan bersama kamu, jika kamu memohon sesuatu maka mohonlah kepada Allah”.
(Hadis Hasan Sahih riwayat Imam Tarmizi)


0 comments:

Post a Comment

 
footer