Tuesday, February 2, 2010

Jangan Putus Asa dari Rahmat Allah II


Dalam kepekatan malam yang menyelubunginya, Seman terpinga-pinga. Kata Pak Yob: "Aku cakap terjun, jangan banyak soal". Seman masih kaku di situ. Apa tidaknya... buaya dilihat berada sekeliling sampan mereka. "Kau Terjun! Jerit Pak Yob lagi. Sebagai menantu baru Pak Yob, Seman belum betul2 kenal lagi dunia Pak Yob. " Apa lagi kau ni! Aku cakap terjun, masuk... tarik pukat yang tersangkut itu! Jangan kau takut buaya tu semua". Mereka tak akan kacau kau". Kali ini Seman sudah nekad. Apa nak jadi... jadilah. Aku pasrah. Getus hati kecil Seman.

Itu kisah yang sudah berlalu 40 tahun yang lalu. Kini Pak Yob terlantar di pembaringan... di tengah laman rumah salah seorang anaknya yang semuanya berjumlah 12 orang. Seman masih di sini dapat menceritakan. Kisah itu berlaku... sudah lama. Ketika itu kebanyakan anak-anak Pak Yob masih kecil. Seman dan Pak Yob beza umur mereka lebih kurang 20-22tahun. 

Belum lagi fikiranku beranjak pergi memikirkan peristiwa sejarah Seman tadi, sahut anak lelaki Pak Yob, Hasan: "Bapa ni memang lain dari yang lain! Sepanjang usia saya kini yang sudah bersara dari perkhidmatan, saya belum pun pernah melihat seorang pun yang dapat masuk menyelam ke dalam sungai di malam hari...menangkap udang dalam kepekatan malam tanpa bantuan lampu". Hasan masih ingat lagi." Nah! Nak ambil ni. Pak Yob memunculkan dirinya dari dasar
 sungai dengan kedua tangannya penuh dengan udang dan begitu juga mulutnya. Sesudah udang, ikan-ikan habis disauk dengan tangan-tangannya dalam gelita sungai. 
SubhanaLlah Allahu Akbar, Allah Maha Besar, hebat orang tua ini... menangkap udang menggunakan kedua belah tangannya tanpa alatan lain... di malam hari pula.... dan di Sg Linggi yang terkenal dengan buaya-buaya yang sering muncul di tebing sungainya berjemur semahunya.

Sebelum ini terbaca di berita bahawa pada zaman dahulu kala orang kampung dan buaya di Sungai Linggi dikatakan ada membuat satu perjanjian. Menurut data daripada Perhilitan menunjukkan ada lebih kurang 3,000 ekor buaya di Sungai Linggi dan di mana ada buaya, di situlah ada burung bangau. 


"Orang memang suka datang untuk melihat buaya, pengalaman menyaksikan buaya berjemur di tebing sungai tidak sama dengan perasaan kita melihat buaya di dalam kandang,". kata seorang pengarah pelancongan.


"Kita jangan usik-usik. Kita buat hal masing-masing. Insya Allah kita akan selamat sehingga ke anak cucu", begitulah kononnya bunyi perjanjian itu dan ia mungkin benar kerana belum ada terdengar serangan buaya ke atas manusia sehingga sekarang di Sungai Linggi. 

Dan kini cerita benar ini disingkap oleh anak-anak Pak Yob. Kata anaknya yang bongsu: Tuan! Ini bukan kisah nak masuk dalam surat khabar... ini cerita benar! Bapanya memang terkenal dengan kehebatannya... hinggakan semasa peristiwa 13 Mei, tiada siapa pun yang berani menentangnya. Sampuk Hasan lagi.

Melihat susuk tubuh Pak Yob yang sedang terlantar, memang orangnya suatu ketika dahulu tinggi dan tegap. Kata Jusuh anaknya yang menjadi tuan rumah tersebut:"Hanya adiknya yang bongsu sahaja yang dapat mengangkat bapanya untuk dimandi dan dibilas. Anak2 yang lain tak mampu mengangkatnya". Abangnya itu sambil memberi "hint" bahawa kekuatan bapanya diwarisi ke adik bongsunya. Kini tiba giliran anak-anak membalas budi menjaga bapa yang uzur diperbaringan.

 Bapanya sudah lama berjerit payah setelah bersara dari kerja polisnya suatu masa lalu... pencennya tak sampai 100 ringgit.... mencari rezki... membesarkan anak2 itulah tujuannya. Habis pukat dan lukah...sauk...bubu...pancing dan jaring... semuanya... diserkap dan ditangguknya. Sg Linggi menjadi saksi jerit payahnya membesarkan 12 orang anaknya.

Ujar Jusuh anaknya, " dulu kami .... semasa sihatnya... kami hantar dia ke pondok2 pengajian hingga ke Penanti, Seberang Perai. Menghabiskan usianya mengikuti pengajian dan majlis zikir". Tapi kini dia sudah dua tahun dia tidak sihat dan terlantar kurus di pembaringan". Kadang-kadang kedengaran suaranya berzikir dan kadang-kadang diam membisu. Tilam pembaringannya selalu dicekak dan habis koyak-koyak. Mulutnya sering digertap... Suaranya tidak berbutir dan seringkali tidak difahami oleh anak2nya. Kata anaknya, "apabila diajak berzikir, kadang2 dimarahnya akan anak2 dan mereka yang disekelilingnya. Itu yang kami pelik dan sedih". Amat bimbang akan bapa mereka yang sudah mencapai umur 86 tahun.

Seusai kami merawat bapanya, anaknya berkata: "Kami dah berusaha mencari pelbagai pihak yang mahu mengubati bapa kami ini. Bomoh usah dikira! Ada yang sanggup, tetapi selepas itu tidak datang kerana katanya kuat... tak dapat nak menolong. Sebut sahajalah siapa yang tak pernah datang merawat bapanya... semuanya yang terkenal2...Imam, Hafiz, Ustaz........ disebutnya perawat2 tersohor... dan yang tak terkenal lagi lah banyak tak terkira...".  

Kami bertiga hanya mampu berpandangan. Patut lah mereka memandang kami semacam sahaja. Tua tak tua... muda tak muda... siapalah kami ini. Tapi jemputan kami ke rumah itu datangnya dari Hasan abang lelakinya yang tua... yang pernah melihat kami merawat jirannya yang dahulu (lihat laluan taqdir: Jangan Putus Asa dari Rahmat Allah I). Kepada Allah kami berserah.

Bagi kami apabila pesakit datang untuk meminta bantuan, ianya merupakan laluan taqdir. Bukan kami yang mencari pesakit. Pesakit dilorongkan Allah untuk menghubungi kami. Kami meletakkan Allah sebagai penjaga, penyembuh dan pemelihara. Kalau gugurlah kami, kami redha syahid di jalan ini... bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan dari dizalimi makhluk Allah.
Dari Anas r.a berkata, Rasulullah Saw bersabda: “Bantulah saudaramu yang berbuat zalim atau (bantulah saudaramu) yang dizalimi.” Kemudian berkata seorang sahabat “Aku membantu orang yang dizalimi, lalu bagaimana aku membantu orang yang berbuat zalim?” Lalu Rasulullah Saw menjawab, “kamu menghalanginya dan mencegahnya dari berbuat zalim karena yang demikian itu adalah membantunya.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Latifah Ilmu:
Usaha anak-anak mencari perawat untuk membantu bapa mereka adalah usaha yang terpuji. "Jangan Putus Asa dari Rahmat Allah! 
Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati! 
Menuntut ilmu yang ada pendamping akan melibatkan gangguan dikemudian hari iaitu ketika tubuh badan uzur dimamah usia. Kadang-kadang ianya adalah hasilan tanpa ilmu dan sadar akan kehadiran dampingan itu. Ini terutamanya bagi generasi dahulu yang hidup dalam lumrah kehidupan yang serba sulit suatu masa dahulu. 
Sebagai perawat, Allah Maha Penyembuh dan Maha Pemelihara. Cukuplah Allah sebagai wali (pelindung), dan cukuplah Allah sebagai penolong.

Wallahua'lam

Nota: Nama-nama yang disebut di atas tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup dan yang telah mati. Kalau sama, ianya merupakan kebetulan semata-mata. Jalan cerita adalah semirip cerita benar seperti yang disampaikan kepada penulis.

1 comments:

Tinta Aura said...

Update: 4 hari selepas rawatan, anaknya Jusuh telefon dan memberitahu bhw kekuatan Pak Yob tidak seperti sebelum ini. Ia sudah menjadi normal spt kekuatan seorang tua yg berumur 80an. Gangguan lain gertap giginya sudah hilang dan tidak bercakap yg bukan2. Pemerhatian kami: Alhamdulillah. Moga Allah anugerahkan kesembuhan padanya dan dipermudahkan urusannya.

Post a Comment

 
footer