Friday, February 19, 2010

TintaHati... Sejarah "Dila"

0 comments

Hati yang Selamat lagi Sejahtera...


Hati yang selamat sejahtera ialah 
hati orang bertaqwa yang berisi iman, yakin, ikhlas, redha, sabar, 
syukur, tawakal, takut, harap dan lain-lain rasa hati dengan Allah SWT. 

Hati yang senantiasa merasa 
sehat dalam kesakitan, 
kaya dalam kemiskinan, 
ramai dalam kesendirian, 
lapang dalam kesempitan  
terhibur dalam kesusahan. 

Ia bersikap REDHA dengan apa saja pemberian Tuhan-Nya.

Dila merupakan seorang pelajar yang kuat hatinya. 
Sentiasa berusaha mencari jalan keluar... pelbagai halangan dihadapinya... 
di rumah sewa... itu cabaran enteng baginya
di kampus... itu tiada halangan baginya

Syukur dengan anugerah Allah. 
Dila seorang pelajar yang dikategorikan sbg "brilliant". 
Dila masih ingat kata-kata ibunya.."Dila! Hati mau kuat... barulah dunia dalam genggaman".
Ibunya penguat hati, penghibur lara, perangsang cita.
Tapi ibu... sudah tiada.

Bapanya seorang yang bertanggungjawab...
Dia seorang yang mementingkan keluarga dan anak-anak
Dia sentiasa mementingkan kebersihan dan kekemasan dalam rumahtangga
Tiada siapa yang boleh alpa... lagi lupa... kena sentiasa siaga... kalau leka padah akibatnya
Tapi itu dulu... sirah bapanya.

Tapi...
Dila di-diagnosa sebagai "major depression person"
Dia hadapi setelah ibunya meninggal dunia 
dan bertambah parah bila bapanya berkahwin lagi
Perlu rawatan dan konsultasi doktor sentiasa.

Pengliburlara ialah weblognya.... 
tika itu... nama blogger begitu asing... hanya tersohor di kalangannya sahaja.
Dia meraih ribuan peminat yang mengikuti perkembangannya... 
Peminatnya... ternanti-nanti sirah hidupnya... 
Weblognya sejak 2001 sentiasa hidup dengan cerita hati dan perasaan.


      [Dan tiba-tiba hati aku jadik sebak..]
Maaf, aku dah mula dilamun nostalgia. Korang takkan paham apa yang aku paham. Korang takkan tahu apa yang aku tahu dan sumer orang takkan dapat rasa apa yang aku tengah rasa melainkan dia jugak mengalami kehilangan yang serupa cam aku. Ada yang tak suka aku tulis benda-benda camni, dia kata, that's boring. Diorang kata, dahlah tu, tak sudah-sudah nak citer benda yang sama. Diorang kata sebab kat sini tempat public dan aku takleh mengarut. So what's the big deal? Eii, biarlah sukati akulah nak tulis apapun yang aku nak. Memang aku buat jenel ni tempat aku luahkan perasaan. This's my personal space, buddy. Bukan aku yang I-am-not-supposed-to-write-this tapi korang yang tak suka tu lah sepatutnya yang you-shouldn't-read-it. Koingg?
Pernah tika lalu di nobatkan sebagai "Weblog Terbaik 20**". 
Bukan niat di hatinya menjadi glamor...
Itu semua suratan yang Maha Esa.

July 10, 2002 12:16am
Aku dah suka kat Dr. Maria. Dia dah suka senyum.:) Dia kata aku muda lagi. Dia kata aku talented.Dia kata aku ada ramai orang sayang aku. Jadi tak ada sebab kenapa aku tak mahu hidup lagi.
"Doktor dah baca (*********)?"
"Sudah.." dia senyum.
"Doktor tak marah Dila tulis Dila tak suka doktor?"
"Buat apa nak marah..that's my job to help people."
"Doktor tak nak tulis jurnal?"
"Doktor tak ada bakat menulis macam Dila.."kemudian dia senyum lagi.
Wohoo! Petang yang indah! Walaupun esok hari Rabu aku tentu akan ke sekolah!
Life is SO great,isn't it Rafthah?
Aku ada banyak homework, tak sempat nak menulis jurnal setiap hari. Silalah datang lagi pada September nanti, masa tu aku dah cuti. (*********) pasti akan kembali.

Cheers and please take care
Nota:
# (*********) nama weblognya yg dirahsiakan dlm penulisan ini.

Itu semua excerpt dari penulisannya... 
yg sudah Dila kuburkan dari alam maya... dari tatapan semua

Masih teringat lagi.... tahun 2004
Seorang sahabat blogger yang terkenal suatu ketika dulu... menelefon...
"Ustaz, nanti ada seorang siswi akan datang ke surau untuk berjumpa Ustaz dan kawan-kawan.
Doktor kata dia sakit jiwa... kesian kat dia. Minta tolong ustaz jumpa dengannya... harap-harap boleh dapat bantu dia". 
"Baiklah, nanti kami cuba apa yang dapat"... jawabku.

- Ini suatu cabaran baru - 

Aku renung wajahnya...
Aku hampiri dirinya...

"Apa khabar Dila? Dila rasa macamana ya?"
Dila terus menjawab: "Dila rasa macam nak mati"

Itu pertemuan kali pertama dengan Dila... 
dan kata-kata pertama dari Dila yang baru bertemu muka.. tentang rasa dirinya.
Subhannallah... astagfirullah... berderau hatiku...

Hingga kini ... masih terngiang-ngiang lagi di telinga ini... malah ketika menulis tinta ini.


Selepas rawatan...


"Ustaz! Perlukah Dila makan ubat doktor?"
"Dila bila susah hati... Dila akan makan ubat prozac. Doktor suruh makan hari-hari".
"Doktor kata Dila kena makan prozac ni seumur hidup, kalau tak sihat". Kata Dila terus terang inginkan jawapan pasti.


Aku terdiam seketika... memikirkan ubat itu adalah preskripsi doktor pakar.


Dalam hatiku, aku yakin salah satu Dila menjadi depression ialah kerna gangguan mahkluk Jin. Ia mengambil kesempatan atas jiwa yang lemah.


Dalam hatiku juga, aku memohon pd Allah agar apa yg akan aku cakap kpd Dila, sesuatu yg semata-mata baik dunia akhirat... 


aku berserah pada Penciptaku... 
aku hanya hamba.



What is Prozac?  


"Dila, Ustaz rasa Dila kena cuba elakkan makan prozac tu. 
Tengok keadaan Dila. Kalau tak dapat, makanlah separuh saja. 
Ustaz yakin... Dila tak memerlukannya lagi, suatu hari nanti. 
Tapi janganlah drastik sgt, takut mudarat."


Dila menjawab:"Dila memang tak suka makan. Dila akan berhenti terus".


Aku terdiam. Rupanya jiwanya kini jadi perkasa. Ingin merdeka dari derita.


Alhamdulillah... itu sirah hidupnya suatu ketika dulu... sudah menjadi sejarah.
September 15, 2004 - Terima kasih, Tuhan!
Aku cuma mahu ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada kalian kerana banyak membantu aku untuk melawan belenggu major depression sehingga ditakdirkan Allah pada hari ini kejayaan terhebat pernah aku dapat, telah Tuhan beri.
Adakah aku terlalu teruja untuk memberitahu semua orang tentang apa yang aku dapat untuk hari ini? Aku memang tak sabar untuk menaip huruf-huruf seterusnya menggunakan keyboard comot aku ini. Oh, Dila!

Sekejap. Aku mahu tarik nafas panjang-panjang dan perlahan-lahan.
Okey. Aku sudah bersedia. Bismillah..
Mula-mula kau tengok gambar ini:

Ini buku temu janji terapi aku yang menunjukkan muka surat terakhir dikemas kini. Kau nampak perbezaannya sesama mereka dengan tulisan terakhir yang doktor tulis siang tadi?

Nampak?

Kau nampak tak?

Alhamdulillah! Sujud syukur, Dila! Sujudlah!

Kerana keinginan aku yang terlalu kuat untuk tidak menjadi hamba Prozac seumur hidup, kerana Allah tunjukkan aku jalan untuk berubat dengan ustaz H****** dan para sahabat di UM, kerana aku bosan setiap kali hendak ke sesi terapi tidak cukup duit dan menambah hutang dengan hospital ratus-ratusan, kerana sokongan daripada semua orang, dan kerana semua dan kerana semua, dengan izin Allah aku telah memecahkan rekod perubatan yang menjadi kepercayaan semua doktor dan pakar sakit jiwa yang pernah merawat aku bahawa perempuan ini tak akan boleh hidup tanpa ubat kapsul hijau kuning itu sampailah dia mati, akhirnya, petang tadi, Dr. Harliza telah menulis "open appointment" dalam buku biru aku!

"Open appointment ni, hanya bila Dila rasa perlu nak jumpa doktor, Dila telefon dulu kaunter klinik. Dila dah tak perlu jumpa ikut jadual lagi macam biasa." Dia senyum. Dia senyum! Dia beri aku status "open appointment" kerana dia memang percaya aku memang telah menepati janji-janji aku sendiri untuk mengubah nasib dan sememangnya aku telah berjaya mengotakan isi kandungan janji-janji itu!

Banyak lagi nak cerita tentang terapi petang tadi. Tapi aku tak cukup masa.


Selepas rawatan tatkala itu...  
seperti dalam tintanya... dia sudah diistiharkan sihat oleh doktor...
dia berjaya merdeka dan bebas dari belenggu Prozac yg sebelumnya merupakan ratahan hariannya... 


Latifah Ilmu:


Gangguan Makhluk pada jiwa yang lemah kerapkali mudah berlaku dlm 4 keadaan: 
tika jiwa terlalu sedih hiba
tika jiwa terlalu marah menyinga
tika jiwa terlalu suka ria
tika jiwa terlalu takut me-raja


Jiwa yang lemah kerap menjadi derita gangguan... kerna ianya menjadi sarang serangan
Jiwa yang lemah kerap menjadi tidak keruan... kerna neraca diri tiada pedoman
Jiwa yang lemah kerap menjadi leka korban nafsu... kerna lemah iman


Setiap dari kita tentunya pernah melalui hari-hari baru dengan penuh kegelisahan dan keraguan. Tentunya ada hari-hari dimana jiwa kita terasa lemah dan payah untuk bangun menghadapi tekanan dan cabaran kehidupan.

Inilah sebenarnya hakikat diri kita. 

Lemah, serba kekurangan, tidak berdaya dan sentiasa memerlukan pergantungan... 
kepada yang lebih kuat dan agung. 


Mungkin persoalannya; pada siapa kita sandarkan harapan kita, 
pada siapa kita tujukan segala keluhan dan keresahan jiwa kita dan 
pada siapa kita menagih simpati dan pertolongan. 


Di dalam beberapa tempat di dalam al Quran, Allah menggambarkan bahawa manusia ini memang lemah. Ya, kerana kelemahan itulah salah satu sifat sebagai hamba. 

Kita adalah HAMBA ALLAH yang sentiasa memerlukan taufiq dan hidayahNya. 
Rasailah kehadiranya setiap waktu dan tika





Aku berlindung kepada Allah daripada gangguan syaitan yang direjam”.
Perbanyakkanlah ingat kepada Allah, pertingkatkan ibadah kepadaNya. Dan renunglah wasiat Nabi di bawah ini.
“Wahai remaja, peliharalah (perintah) Allah, niscaya Allah akan menjaga kamu, peliharalah (hukum-hakam) Allah niscaya Allah akan bersama kamu, jika kamu memohon sesuatu maka mohonlah kepada Allah”.
(Hadis Hasan Sahih riwayat Imam Tarmizi)


Tuesday, February 9, 2010

Yang bercakap itu...Jin ker Setan?

0 comments
"Ustaz! Boleh saya bertanya: Yang sedang bercakap di dalam badan akak tu Jin ker Setan?"


Persoalan ini sudah biasa di kalangan kita. Mungkin tidak bagi sebahagian yang lain.

Adakah wujud 3 jenis makhluk iaitu jin, manusia, dan syaitan?

Apa kata Al Quran...

1. Perintah ubudiyyah kpd Allah termaktub ke atas 2 golongan ini iaitu Manusia dan Jin.
  • Surah al-Dzariyat : ayat 56
"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)"
  • Surah al-an'am : ayat 130
"Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan membei peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orangyang kafir"
Dua makhluk yang dicipta oleh Tuhan dan kemudian diperintah supaya menyembah-Nya adalah jin dan manusia. Walaupun sama dalam perintah namun dalam ciptaan mereka terdapat perbezaan yang besar.

 2. Perbezaan dalam penciptaan

Tidak seperti manusia yang dicipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk (15:26), makhluk jin dicipta daripada api yang membakar, yang tiada asap. Demikian mengikut penjelasan dua ayat al-Qur'an yang berikut:

"Dan jin, Kami mencipta sebelumnya daripada api yang membakar." (15:27)

"Dan Dia mencipta jin daripada api yang tiada asap." (55:15)

3. Iblis adalah keturunan Jin dan ianya berketurunan. Mereka adalah musuh yang nyata kepada manusia.

Seperti manusia juga, mereka mempunyai keturunan. Antara keturunannya menjadi musuh bagi manusia, iaitu keturunan Iblis. Kerana ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Tuhan. Allah berfirman,

"Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam'; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu mengambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka adalah musuh bagi kamu?" (18:50)

4.  Manusia dilarang mengambil Iblis dan keturunannya sebagai sahabat atau wali.

Selain itu, jin dijadikan sekutu bagi Allah, dipercayai serta disembah, oleh sesetengah manusia. Firman-firman-Nya:

"mereka mengadakan bagi Allah, sebagai sekutu-sekutu, jin, padahal Dia yang mencipta mereka." (6:100)

"tetapi mereka menyembah jin; kebanyakan mereka mukmin pada mereka." (34:41)

Mungkin di kalangan manusia yang berbuat demikian melakukannya dengan tanpa disedari. Macam mereka yang menjadikan orang alim sebagai sekutu Allah, tetapi menafikannya.

Pengaruh jin begitu kuat sehingga terdapat manusia yang mempercayai mereka berkeluarga dengan Tuhan, walaupun mereka mengetahui bahawa mereka akan dihadapkan kepada-Nya pada hari akhirat, seperti manusia. Firman-Nya,

"Mereka mengadakan satu pertalian kekeluargaan antara Dia dan jin; dan jin mengetahui bahawa mereka akan dihadapkan." (37:158)

Terdapat juga manusia yang diambil oleh jin lalu mereka mendapat kesenangan daripadanya. Kesenangan mereka hanya di dunia, tidak di akhirat. Tuhan menjelaskan,

"Pada hari Dia mengumpulkan mereka kesemuanya: 'Wahai golongan jin, kamu telah banyak mengambil daripada manusia.' Kemudian sahabat-sahabat mereka di kalangan manusia berkata, 'Wahai Pemelihara kami, sebahagian kami telah mendapat kesenangan daripada sebahagian yang lain, dan kami telah sampai tempoh yang Engkau menentukan bagi kami.' Dia berkata, 'Apilah tempat tinggal kamu, di dalamnya tinggal selama-lamanya'; kecuali seperti yang Allah mengkehendaki; sesungguhnya Pemelihara kamu Bijaksana, Mengetahui." (6:128)

Ada pula manusia yang meminta perlindungan daripada jin. Mereka terdiri daripada kaum lelaki, dan daripada golongan jin yang diminta, adalah lelaki juga. Perbuatan itu menambahkan mereka dalam kekejian. Firman-Nya,

"Tetapi ada lelaki-lelaki tertentu daripada manusia yang meminta perlindungan kepada lelaki-lelaki tertentu daripada jin, dan mereka menambahkan mereka dalam kekejian," (72:6).

Ayat di atas merupakan amaran bagi sesiapa yang ingin mengambil perlindungan daripada jin. Satu lagi contoh amalan yang disifatkan keji menurut al-Qur'an ialah melupakan ayat-ayat Allah setelah mendapat kesenangan hidup (25:18).

5. Kekuasaan Manusia mengatasi Golongan Jin
Beralih kepada kisah Nabi Sulaiman yang di sekitarnya diwarnai cerita luar biasa tetapi benar. Baginda didapati telah memperhambakan makhluk jin, dengan memasukkan mereka ke dalam pasukan tenteranya (27:17), dan menjadikan mereka pekerja dalam sektor pembinaan, pengukiran patung-patung, serta pembuatan pelbagai perkakas yang berseni (34:13).

Ada juga yang telah berkedudukan dekat dengan Nabi Sulaiman, iaitu Ifrit. Dia telah berkata, ketika Nabi Sulaiman bertanya siapa antara pembesar-pembesarnya yang mampu mendatangkan singgahsana Ratu Saba' sebelum rombongannya sampai, berbunyi, "Saya akan mendatangkannya kepada kamu sebelum kamu berdiri dari tempat kamu; saya mempunyai kekuatan untuknya, dan saya dipercayai." (27:39)

Kehandalannya ditewaskan oleh seorang yang mempunyai pengetahuan al-Kitab yang berkata, "Saya akan mendatangkannya kepada kamu sebelum gerlingan mata kamu kembali kepada kamu." (27:40)

6. Golongan Jin tidak mengetahui perkara Ghaib
Pun begitu, golongan jin didapati tidak tahu perkara yang ghaib. Buktinya, dalam cerita kematian Nabi Sulaiman, tatkala baginda jatuh setelah tongkatnya dimakan sejenis haiwan daripada bumi. Ketika itu barulah "jin melihat dengan jelas bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib, tentu mereka tidak tetap dalam azab yang hina," (34:14) iaitu azab bekerja untuk Nabi Sulaiman.


7. Usaha Jin untuk mendapatkan perkhabaran Langit
Selanjutnya dapat difahamkan bahawa mereka mampu naik ke langit untuk mendengar perkara-perkara yang ghaib, contoh, nasib manusia di bumi, tetapi mereka gagal mendapatkannya. Ayat-ayat di bawah menjelaskannya:

"Dan kami menjulur ke langit, tetapi kami mendapati ia dipenuhi dengan penjaga-penjaga yang keras, dan tahi-tahi bintang.
Kami telah duduk di sana di tempat-tempat duduk untuk mendengar; tetapi sesiapa yang mendengarkan sekarang mendapati tahi bintang yang menunggunya.
Maka kami tidak mengetahui sama ada kejahatan dikehendaki bagi orang-orang yang di bumi, atau sama ada Pemelihara mereka menghendaki kelurusan bagi mereka." (72:8-10)


8. Al Quran diyakini dan di-imani oleh golongan Jin
Seterusnya, seperti manusia, golongan jin mengetahui kandungan kitab al-Qur'an dan ada yang percaya kepadanya setelah mendengarkannya. Kisah tersebut diriwayatkan sendiri oleh Nabi di dalam ayat-ayat berikut:

"Katakanlah, 'Diwahyukan kepadaku (Muhammad) bahawa sekumpulan jin mendengarkan lalu mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami telah mendengar sebuah al-Qur’an yang mengagumkan, ia memberi petunjuk pada jalan yang benar. Kami percaya kepadanya, dan kami tidak akan menyekutukan Pemelihara kami dengan sesiapa.'" (72:1-2)

Ayat-ayat tersebut dipetik daripada sebuah surah yang dinamakan khas menurut golongan mereka, iaitu al-Jin. Di dalamnya terdapat penjelasan mengenai golongan jin dengan banyak. Antaranya adalah pengakuan mereka terhadap golongan mereka sendiri, berbunyi:

"Yang bodoh di kalangan kami mengatakan terhadap Allah yang keterlaluan, dan kami menyangka bahawa manusia dan jin tidak akan mengatakan dusta terhadap Allah." (72:4-5)

Sama seperti manusia, jin mengatakan yang keterlaluan dan dusta terhadap Allah.

9. Ada Jin yang Soleh dan Tholeh, Muslim dan Kufur yang menyimpang dari kebenaran
Turut dikhabarkan ialah mengenai jin yang salih dan yang tidak, yang muslim dan yang menyimpang. Sama seperti manusia. Huraian daripada al-Qur'an berbunyi,

"Dan sebahagian daripada kami adalah yang salih, dan sebahagian daripada kami tidaklah demikian; jalan-jalan (tarekat) kami berlainan." (72:11)

"Dan sebahagian daripada kami muslim, dan sebahagian daripada kami menyimpang. Mereka yang tunduk patuh mencari kelurusan hati, tetapi bagi mereka yang menyimpang, mereka menjadi kayu api untuk Jahanam!” (72:14-15)

Petikan beberapa ayat daripada surah al-Jin berhenti di situ.

10. Persamaan Jin dan Manusia : Tujuan Penciptaan Beribadah kpd Allah
Persamaan antara jin dan manusia adalah banyak. Selain daripada yang sudah disebut beberapa persamaannya yang lain diturunkan di bawah ini:
kedua-duanya dicipta untuk menyembah Tuhan. Firman-Nya,
"Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku." (51:56)
kedua-duanya mempunyai rasul. Firman-Nya,
"Wahai golongan jin dan manusia, tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu sendiri yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan memberi amaran kepada kamu mengenai pertemuan hari kamu ini?" (6:130).
kedua-duanya menyesatkan manusia sehingga menjadi tidak percaya kepada Allah dan ayat-ayat-Nya. Firman-Nya,
"Dan orang-orang yang tidak percaya berkata, 'Wahai Pemelihara kami, perlihatkanlah kepada kami mereka yang menyesatkan kami, kedua-dua jin dan manusia, dan kami akan meletakkan mereka di bawah kaki kami supaya mereka menjadi antara orang-orang yang lebih rendah.'" (41:29)
kedua-duanya mempunyai hati atau otak, mata, dan telinga. Firman-Nya,
"Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai." (7:179)

11. Persamaan Jin dan Manusia : Kuasa yang terhad melainkan dgn "suatu kuasa" iaitu dari Allah.
Kedua-duanya tidak dapat menembus pembatasan langit dan bumi, kecuali dengan suatu kuasa.
Firman-Nya,
"Wahai golongan jin dan manusia, jika kamu boleh menembus pembatasan langit dan bumi, tembusilah! Kamu tidak menembusinya kecuali dengan satu kuasa." (55:33)

12. Persamaan Jin dan Manusia : Punya keinginan terhadap pasangan
Kedua-duanya mempunyai keinginan terhadap perawan.
Firman-Nya,
"Di dalamnya perawan-perawan yang menahan gerlingan mereka, yang belum disentuh sebelum mereka oleh manusia atau jin." (55:56)

13. Persamaan Jin dan Manusia : Bagi yang derhaka tempatnya di Jahannam
Kedua-duanya memenuhi Jahanam. Firman-Nya,
"Sekiranya Kami menghendaki, tentu Kami memberi tiap-tiap jiwa petunjuknya; tetapi sekarang Ucapan daripada-Ku adalah wajar - 'Sungguh, Aku akan memenuhi Jahanam dengan jin dan manusia kesemuanya.'" (32:13)

14. Persamaan Jin dan Manusia : Syaitan dari Jin dan Manusia
Dan, daripada kedua-duanya pula lahirlah syaitan yang derhaka kepada Tuhan dengan, misalan, mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah untuk menipu. Firman-Nya,

"Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)

Latifah Ilmu:
Oleh itu, syaitan bukanlah suatu makhluk yang asing.
Mereka yakni Syaitan adalah terdiri daripada makhluk jin dan manusia yang jahat.


"KeSyaitanan" pada Jin dan Manusia:
Adakah yang tidak dapat dilihat itu syaitan daripada golongan jin?

Ayat-ayat yang mengatakan syaitan menjadi musuh yang nyata adalah banyak. 

Namun, terdapat satu ayat (satu sahaja) yang mengatakan bahawa ia dan kuncu-kuncunya tidak dapat dilihat (7:27).

Wahai Bani Adam, janganlah syaitan menggoda kamu sebagaimana ia mengeluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk memperlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. 
Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. 
Kami membuatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang yang tidak mempercayai.

Atau, "kesyaitanan" pada jin dan manusia yang tidak dapat dilihat? Misalan, seorang manusia yang kelihatan sangat alim, tetapi sebenarnya seorang syaitan yang amat derhaka kepada Tuhan. Kesyaitanannya tidak dapat dilihat oleh orang ramai, mungkin kerana diselubungi oleh imejnya.

Jadilah orang yg berTAQWA!
Akan tetapi, bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan), yang pada mulanya tidak nampak, akan akhirnya melihat dengan jelas kesyaitanan yang hadir, setelah mereka ingat (kepada ayat-ayat Tuhan). Ayat berikut menjelaskan:
"Orang-orang yang bertakwa, apabila kunjungan syaitan menyentuh mereka, mereka ingat, dan kemudian melihat." (7:201)

BerDOA dan berLindung:
Apapun, Tuhan menyuruh supaya berlindung pada-Nya daripada kunjungan syaitan jenis jin dan manusia, yang berupa bisikan di dalam dada umpamanya. Untuk tujuan itu Dia mengajar sebuah doa berbunyi,

"Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia." (114:1-6)

Jin dan manusia yang menjadi pembisik yang menyelinap itu tidak syak lagi adalah syaitan yang direjam, yang daripada kedua-dua makhluk tersebut.

Ayat-ayat al-Qur'an menyingkap pelbagai rahsia mengenai jin dan manusia.
Moga mendapat petunjuk!

Tuesday, February 2, 2010

Jangan Putus Asa dari Rahmat Allah II

1 comments

Dalam kepekatan malam yang menyelubunginya, Seman terpinga-pinga. Kata Pak Yob: "Aku cakap terjun, jangan banyak soal". Seman masih kaku di situ. Apa tidaknya... buaya dilihat berada sekeliling sampan mereka. "Kau Terjun! Jerit Pak Yob lagi. Sebagai menantu baru Pak Yob, Seman belum betul2 kenal lagi dunia Pak Yob. " Apa lagi kau ni! Aku cakap terjun, masuk... tarik pukat yang tersangkut itu! Jangan kau takut buaya tu semua". Mereka tak akan kacau kau". Kali ini Seman sudah nekad. Apa nak jadi... jadilah. Aku pasrah. Getus hati kecil Seman.

Itu kisah yang sudah berlalu 40 tahun yang lalu. Kini Pak Yob terlantar di pembaringan... di tengah laman rumah salah seorang anaknya yang semuanya berjumlah 12 orang. Seman masih di sini dapat menceritakan. Kisah itu berlaku... sudah lama. Ketika itu kebanyakan anak-anak Pak Yob masih kecil. Seman dan Pak Yob beza umur mereka lebih kurang 20-22tahun. 

Belum lagi fikiranku beranjak pergi memikirkan peristiwa sejarah Seman tadi, sahut anak lelaki Pak Yob, Hasan: "Bapa ni memang lain dari yang lain! Sepanjang usia saya kini yang sudah bersara dari perkhidmatan, saya belum pun pernah melihat seorang pun yang dapat masuk menyelam ke dalam sungai di malam hari...menangkap udang dalam kepekatan malam tanpa bantuan lampu". Hasan masih ingat lagi." Nah! Nak ambil ni. Pak Yob memunculkan dirinya dari dasar
 sungai dengan kedua tangannya penuh dengan udang dan begitu juga mulutnya. Sesudah udang, ikan-ikan habis disauk dengan tangan-tangannya dalam gelita sungai. 
SubhanaLlah Allahu Akbar, Allah Maha Besar, hebat orang tua ini... menangkap udang menggunakan kedua belah tangannya tanpa alatan lain... di malam hari pula.... dan di Sg Linggi yang terkenal dengan buaya-buaya yang sering muncul di tebing sungainya berjemur semahunya.

Sebelum ini terbaca di berita bahawa pada zaman dahulu kala orang kampung dan buaya di Sungai Linggi dikatakan ada membuat satu perjanjian. Menurut data daripada Perhilitan menunjukkan ada lebih kurang 3,000 ekor buaya di Sungai Linggi dan di mana ada buaya, di situlah ada burung bangau. 


"Orang memang suka datang untuk melihat buaya, pengalaman menyaksikan buaya berjemur di tebing sungai tidak sama dengan perasaan kita melihat buaya di dalam kandang,". kata seorang pengarah pelancongan.


"Kita jangan usik-usik. Kita buat hal masing-masing. Insya Allah kita akan selamat sehingga ke anak cucu", begitulah kononnya bunyi perjanjian itu dan ia mungkin benar kerana belum ada terdengar serangan buaya ke atas manusia sehingga sekarang di Sungai Linggi. 

Dan kini cerita benar ini disingkap oleh anak-anak Pak Yob. Kata anaknya yang bongsu: Tuan! Ini bukan kisah nak masuk dalam surat khabar... ini cerita benar! Bapanya memang terkenal dengan kehebatannya... hinggakan semasa peristiwa 13 Mei, tiada siapa pun yang berani menentangnya. Sampuk Hasan lagi.

Melihat susuk tubuh Pak Yob yang sedang terlantar, memang orangnya suatu ketika dahulu tinggi dan tegap. Kata Jusuh anaknya yang menjadi tuan rumah tersebut:"Hanya adiknya yang bongsu sahaja yang dapat mengangkat bapanya untuk dimandi dan dibilas. Anak2 yang lain tak mampu mengangkatnya". Abangnya itu sambil memberi "hint" bahawa kekuatan bapanya diwarisi ke adik bongsunya. Kini tiba giliran anak-anak membalas budi menjaga bapa yang uzur diperbaringan.

 Bapanya sudah lama berjerit payah setelah bersara dari kerja polisnya suatu masa lalu... pencennya tak sampai 100 ringgit.... mencari rezki... membesarkan anak2 itulah tujuannya. Habis pukat dan lukah...sauk...bubu...pancing dan jaring... semuanya... diserkap dan ditangguknya. Sg Linggi menjadi saksi jerit payahnya membesarkan 12 orang anaknya.

Ujar Jusuh anaknya, " dulu kami .... semasa sihatnya... kami hantar dia ke pondok2 pengajian hingga ke Penanti, Seberang Perai. Menghabiskan usianya mengikuti pengajian dan majlis zikir". Tapi kini dia sudah dua tahun dia tidak sihat dan terlantar kurus di pembaringan". Kadang-kadang kedengaran suaranya berzikir dan kadang-kadang diam membisu. Tilam pembaringannya selalu dicekak dan habis koyak-koyak. Mulutnya sering digertap... Suaranya tidak berbutir dan seringkali tidak difahami oleh anak2nya. Kata anaknya, "apabila diajak berzikir, kadang2 dimarahnya akan anak2 dan mereka yang disekelilingnya. Itu yang kami pelik dan sedih". Amat bimbang akan bapa mereka yang sudah mencapai umur 86 tahun.

Seusai kami merawat bapanya, anaknya berkata: "Kami dah berusaha mencari pelbagai pihak yang mahu mengubati bapa kami ini. Bomoh usah dikira! Ada yang sanggup, tetapi selepas itu tidak datang kerana katanya kuat... tak dapat nak menolong. Sebut sahajalah siapa yang tak pernah datang merawat bapanya... semuanya yang terkenal2...Imam, Hafiz, Ustaz........ disebutnya perawat2 tersohor... dan yang tak terkenal lagi lah banyak tak terkira...".  

Kami bertiga hanya mampu berpandangan. Patut lah mereka memandang kami semacam sahaja. Tua tak tua... muda tak muda... siapalah kami ini. Tapi jemputan kami ke rumah itu datangnya dari Hasan abang lelakinya yang tua... yang pernah melihat kami merawat jirannya yang dahulu (lihat laluan taqdir: Jangan Putus Asa dari Rahmat Allah I). Kepada Allah kami berserah.

Bagi kami apabila pesakit datang untuk meminta bantuan, ianya merupakan laluan taqdir. Bukan kami yang mencari pesakit. Pesakit dilorongkan Allah untuk menghubungi kami. Kami meletakkan Allah sebagai penjaga, penyembuh dan pemelihara. Kalau gugurlah kami, kami redha syahid di jalan ini... bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan dari dizalimi makhluk Allah.
Dari Anas r.a berkata, Rasulullah Saw bersabda: “Bantulah saudaramu yang berbuat zalim atau (bantulah saudaramu) yang dizalimi.” Kemudian berkata seorang sahabat “Aku membantu orang yang dizalimi, lalu bagaimana aku membantu orang yang berbuat zalim?” Lalu Rasulullah Saw menjawab, “kamu menghalanginya dan mencegahnya dari berbuat zalim karena yang demikian itu adalah membantunya.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Latifah Ilmu:
Usaha anak-anak mencari perawat untuk membantu bapa mereka adalah usaha yang terpuji. "Jangan Putus Asa dari Rahmat Allah! 
Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati! 
Menuntut ilmu yang ada pendamping akan melibatkan gangguan dikemudian hari iaitu ketika tubuh badan uzur dimamah usia. Kadang-kadang ianya adalah hasilan tanpa ilmu dan sadar akan kehadiran dampingan itu. Ini terutamanya bagi generasi dahulu yang hidup dalam lumrah kehidupan yang serba sulit suatu masa dahulu. 
Sebagai perawat, Allah Maha Penyembuh dan Maha Pemelihara. Cukuplah Allah sebagai wali (pelindung), dan cukuplah Allah sebagai penolong.

Wallahua'lam

Nota: Nama-nama yang disebut di atas tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup dan yang telah mati. Kalau sama, ianya merupakan kebetulan semata-mata. Jalan cerita adalah semirip cerita benar seperti yang disampaikan kepada penulis.

Monday, February 1, 2010

Jangan Putus Asa dari Rahmat Allah I

0 comments

Masa berlalu begitu cepat.... pejam celik ... kini sudah 1 Febuary 2010.

Masa-masa yang berlalu adalah sejarah. 

Kehidupan adalah hari ini. 
Esok belum pasti. Biar apa pun perancangan kita. 
Yang pastinya kita sentiasa dalam perancanganNya.

Banyak peristiwa berlalu tanpa tinta dilakarkan buat panduan dan petunjuk kepada dunia...
Rugi sangat... kerna ianya akan berlalu tanpa sesuatu yang boleh dikongsi bersama.

Pagi tadi... musafir aku dan teman-teman bukan dirancang... ianya merupakan laluan taqdir.

Seminggu yang lalu kami didatangi seorang ibu dan 3 anaknya yang ditinggalkan suami tanpa bantuan ... tanpa sokongan .. di saat dia amat memerlukan bantuan dan sokongan terutamanya kasih sayang dan dokongan seorang lelaki. 

Kehidupannya terganggu sudah agak lama... jari jemarinya keras memaku... suaranya yang berloghat utara terus berubah ... berkecek Kelate begitu petah sekali... tubuhnya yang masih segar dalam usia lewat 30an sudah berubah laku kepada "orang tua" yang sudah uzur menginapi tubuhnya...

Ingatkan dia berasal usul dari negeri Pantai Timur ... dek kefasihan berkata-kata... namun hakikatnya dia seorang ibu yang merana akibat gangguan makhluk yang menguasai dirinya... menjadikan dirinya diabaikan oleh suami tanpa kasih sayang dan jagaan selayaknya.

Setiap kali dia "histeria"... lupa dirinya... lupa diri anak-anaknya.... hidup terganggu... 
anaknya pula sering menangis... tidak cukup belaian dan sentuhan seorang ibu yang normal jiwanya. 
Anak yang tua sudah mengenali rawak diri ibunya tatkala itu...
Di bawah para sedar... ibunya yang pekat bercakap loghat utara ... pasti berubah suara dan te-lornya... anaknya yang kecil pula tiada upaya... terpinga-pinga....hanya mampu menangis ... tanpa mengerti apa cerita siibunya berubah suara ... berubah watak dirinya...

Tapi pabila dia sedar dan waras... itu bukan peribadinya.... itu bukan dirinya.
Dia seorang ibu yang begitu mengambil berat akan anak-anaknya.
Seorang ibu yang kaya dengan kasih sayang dan senda gurau... 
seorang ibu yang amat mengasihi anak-anaknya.

Di awal pagi...kerjayanya adalah seorang pendidik yang disanjung tinggi oleh anak didiknya....  mencari rezki buat seisi keluarga... 
manakala di petang dan malam harinya... berhempas pulas mengadakan kelas tusyen...buat mencari rezki yang halal membiayai dirinya dan anak2nya.

Rumahnya dijual... akibat sakit yang tiada kunjung hilang... rumah dikatakan terganggu... tiada jalan melainkan berpindah... namun sakitnya tidak pindah-pindah jugak.
Habis sudah wang ringgit ke sini dan ke sana... mencari ubat agar diri kembali sihat ceria. 

Suami nya? Dia masih ada... bersama isterinya yang lain di pantai timur.
Anaknya yang besar sudah mengerti hati budi ayahnya... 
dan dia sudah berhenti mengharap... 
berhenti mengharap secubit kasih sayang ayahnya ...
yang kalau hadir pun di tepi ibarat tiada di sisii...

kini hanya mampu mengemis kasih sayang mak saudaranya yang sudah berhenti kerja menjaga mereka dek watak ibunya yang sering berubah laku tanpa mahunya... 
kini juga... mampu menumpang kasih saudara dari jirannya... menjaga dan memelihara anak-anaknya bagaikan saudara yang tiada darah persaudaraannya... melainkan ikatan persaudaraan sesama muslim jua.

Alhamdulillah dia kini sudah sembuh... riak senyumnya sudah ceria... sudah gembira... tidak seperti yang dulu-dulu... 
senyumannya bukan senyuman ketika "orang tua" yang melemparkan senyuman bila ditawarkan jin jantan oleh Haji Yusup...agar berlalu pergi dari tubuhnya...
kata-katanya rapi seindah rupa... kali ini tiada kata nesta yang mengakui dirinya milik situa.. berbicara semahu nafsu yang ada... mengakui diri tiada tandingan... tapi merana kepanasan akibat takbur pada yang Esa...

Bila disingkap....cerita dirinya bermula akibat mencari ubat buat ibunya yang dikatakan terkena "sakit saka"... namun sakitnya terkena juga pada dirinya akibat bomoh yang rupanya ada hati pada dirinya... pelbagai helah dilakukan agar dia sering kunjung di teratak sibomoh itu. 
Sakit saka itu satu hal...sihir pula lagi satu hal.

Tapi itu kisah dulu... pengajarannya... merawat diri perlu petunjuk ilmu... bukan ditunjuk ikut nafsu...tanpa ilmu...

Latifah Ilmu:
Jangan putus asa dari Rahmat Allah.
Berubatlah... carilah perawat yang soleh lagi benar.

Satu Riwayat dari Usamah bin Syarik r.a berkata:
" Seorang Badwi bertanya: " Wahai Rasulullah! Adakah aku perlu berubat? Jawab Baginda: " Ya, wahai hamba Allah. Berubatlah. Sesungguhnya Allah SWT tidaklah menjadikan sesuatu penyakit kecuali dijadikan juga ubatnya kecuali satu penyakit." Mereka(para sahabat) bertanya: " Apakah dia wahai Rasulullah!". Baginda menjawab: Al Haramu iaitu Tua".

Dalam hadis ini, jelas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan kita mengambil asbab dan berikhtiar berubat. Untuk berubat, berikhtiar hendaklah mencari perawat yang soleh dan bertaqwa, rawatan yang tidak bercanggah dengan Islam dengan keyakinan bahawa penyembuh yang sebenarnya ialah Allah SWT.

Elakkan mendapatkan rawatan dari perawat yang mempunyai unsur2 "tanasukh  arwah" iaitu menurun, menggunakan pendamping sebagai tandanya penggunaan kemenyan dan meminta barangan spt mangkuk, air dan limau sebagai laluan tilikan mereka. Pastikan rawatan tersebut jauh dari unsur2 yang menyalahi akidah dan syariat. Semasa rawatan dijalankan ianya adalah dalam tatalaku yang tidak menyalahi syariat seperti pakaian yang sopan dan terjaga dari fitnah.

 
footer